Karipap Inti Kentang + Ayam

Assalamualaikum... Semoga hani ini lebih baik dari semalam....

Hari ni saya nak kongsikan resepi karipap inti kentang ayam... sy buat karipap ni sy tak suka guna acuan karipap dan sy akan ajarkan step bagaimana nak dapatkan karipap tu semua sama saiz...dulu masa arwah mak ada sy tak pandai nak kelim tepi, bila arwah mak meninggal tup tup pandai plak nak buat kelim tu...

Selalu jugak buat karipap.. try and error lah katanya.. sampaila sy berkahwin dapat plak suami yg suka makan karipap..memang sesuaila kan... kebetulan mak mertua dulu mmg buat karipap untuk jual..dapatla jugak sy ilmunya.. dari situ karipap sy semakin hari semakin sedap...hhehehe bukan nak pujila...suami dan anak2 selalu kata karipap sy sedap..wakakak

Resepi Karipap Kentang Ayam

Untuk Kulit :

1 kg terpung gandum
2 sdb marjerin (dicairkan)
secubit garam
2 gelas air

Untuk Inti:
1 ulas Bawang Besar*
3 ulas Bawang Putih*
1kg ubi kentang (dibasuh, direbus bersama kulit)
200 gm Daging Ayam Kisar
2 sdb cili kisar
3 sdb serbuk kari ayam (dibancuh dgn air)
daun kari/daun bawang

Cara-cara buat inti:


1. Ubi kentang direbus bersama kulit sehingga empuk, kemudian dibuang kulit dan dilenyekkan.
2. Bahan bertanda * dikisar.
3. Tumiskan bahan yang dikisar,daun kari sehingga naik bau dan masukkan cili sehingga garing..masukkan ayam kisar.. 
4. masukkan bancuhan rempah kari (sy gunan kan cap Babas)
5setelah itu masukkan kentang yang telah dilenyekkan.
6. kacau hingga rata..perasakan garam dan serbuk perasa

7.Alihkan ke mangkuk lain dan sejukkan

Cara-cara buat kulit:
1. Cairkan mentega di atas api sederhana

2. Letak tepung di dalm mangkuk yang besar 
3. Buatkan lubang di tengah tepung. kemudian letakkan mentega yang telah dicairkn bersama secubit garam

4. Ratakan menggunakan tangan menjadi seperti serbuk roti
5. letakkan air sedikit demi sedikit...uli sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan


6. Canaikan doh tersebut seperti gambar di atas.


7. Gulungkan adunan tersebut.





8. Potong menggunakan pisau..sama rata


9. ambil satu adunan gelekkan rata.. buat seperti bentuk di atas


10. Letakkan inti di tengah dan kelim tepi..atau tak amik acuan ketapkan..

11. Samakn saiznya

#untuk frozenkan, bolehla letak dahulu dalam peti ais tempat sejuk beku selama 1 atau 2 jam...jangan tindihkan..selepas itu bolehla packkan..klu tak bolehla goreng separuh masak..

#untuk dapatkan kulit yang cantik sms menggoreng.. panaskan dahulu minyak sehingga betul2 panas ..kecikkan api bolehla letak karipap ke dalam kuali...

Selamat mencuba



Comments

Popular Posts