Resepi Mee Goreng Basah dan petua bagaimana menghilangkan bau kapur pada mee Kuning

Assalamualaikum....Hari ni saya nak kongsi resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah


Mee Kuning 1 Paket
1 Biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 sudu besar ikan bilis *
10 tangkai Cili kering *

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap mee

Sotong/Udang (terpulang)
Taugeh
Tauhu (Digoreng Dahulu tanpa potong)
Daun Kucai/Sawi

1 sudu besar asam jawa (dibancuh dgn 1 cawan air dan diambil jusnya)
sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara:

1. Basuh mee dahulu dan toskan
2. kisarkan bahan yang bertanda *
3.Panaskan minyak, setelah minyak sudah panas tumiskan bahan yang telah dikisar. setelah cili tersebut pecah minyak masukkan udang/sotong dan selepas itu sos tiram dan juga kicap mee.. ratakan dan masukkan bancuhan air asam jawa.
3. setelah air tersebut mendidih masukkan pula mee, taugeh, daun kucai/sawi dan tauhu.
4. gaulkan rata dan rasa. selalunya klu masak mee saya tak letak garam
5. dah boleh dihidang

#kegunaan asam jawa dalam mee goreng ni adik ipar yang share..asam ni juga blh menghilangkan rasa kapur dalam mee kuning

SELAMAT MENCUBA....






Comments

Post a Comment

Popular Posts